Blogger Template by Blogcrowds

assalamualaikum..waa..dah hmpir 5 blan lebih teratak ku ini ditinggalkan..sudah berkarat lagi hitam.. sudah tiada lagi angin untuk berblogger..perkembangan semasa yg berubah..dari friendster kepada facebook..sampai blog dibiarkan membasi begitu sahaja.. namun hari ini..hati ku terdetik untuk melawat teratak milik ayahandaku...selepas menatap dan explore teratak beliau..terasa ingin kembali untuk membuat sedikit coretan di sini..adusss..apa la diri ku ini..tak punya pendirian yg tetap...ape pun..selamat maju jaya buat ayahada ku ( HAJI LAH)

ASSALAMUALAIKUM..... lama betol x diupdate teratak bruk ku ini..dah ar buruk..pastu x bersh lark..hlang lar serinya..aduuussss... p pun..skang dah naik sem baru.dah msuk degree..maka kehdupan ku sebagai seorg pendidik juga perlu berubah...banyak yg perlu diubah dan dibaiki..alhlak ku, perangai ku, kerja2 ku..dan banyak ag la..semoga aku mmpu untuk menjadi pendidik yang berjaya dunia akhirat..amin..sekdar permulaan kepada tahun baru...

Lautan Merah Membara!!!

sudah lama teratak ini x diupdatekan..
sudah bersawang, sudah berhapak, sudah berbau,sudah berhabuk dan berdebu..

Lihat gambar di atas dan itulah semangat penonton skuad kijang (tanah kelahiranku) yang membanjiri stadium Bukit Jalil dalam perlawanan final Piala Malaysia.. namun rezeki tidak menyebelahi skuad pantai timur ini..terpaksa akur dengan Negeri sembilan..3-1.. tiada siapa ingin dipersalahkan..pemain(walaupun pertahanan Kelantan agak kucar-kacir) dan jurulatih tidak harus dipersalahkan..semangat dan komitmen yang ditunjukkan telah membawa Kelantan ke final buat kali pertama dalam 39 tahun piala Malaysia...

Tahniah buat pemain dan skuad Kelantan kerana telah mengharumkan nama Negeri Cik Siti Wan Kembang...Tahniah juga kepada penonton kerana sanggup datang dari seluruh pelusuk negara demi memartabatkan negeri masing-masing dan kejohanan di negara ini..ini membuktikan bahawa rakyat negara ini terutama anak kelahiran Kelantan bukan hanya memberi perhatian kepada liga-liga di Eropah bahkan menyokong piala di negara sendiri..

dan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih khusus ditujukan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kerajaan negeri Kelantan kerana telah membuktikan bahawa mereka turut support skuad kijang dan telah memberikan hadiah yang istimewa dan tidak pernah dihadiahkan kepada ahli sukan di negeri-negeri lain, bahkan mungkin di negara-negara lain iaitu Kerajaan serambi Mekkah ini menghadiahkan pakej umrah dan segala perbelanjaan skuad Kelantan akan ditanggung sendiri oleh kerajaan negeri..satu kelainan,satu perubahan,satu kejutan..dan kerajaan negeri turut mengisytiharkan hari ahad sebagai cuti peristiwa sempena final ini..ini dapat menjamin keselamatan para penyokong yang pulang selepas perlawanan ini.. inilah keprihatinan yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri terhadap anak-anak negeri..

Teruskan la mengharum nama negeri Kelantan..
Walau kalah tapi kalah berkat kerana dan pat gi umrah.. KALAH BERKAT!!!
GOMO KLATE GOMO( lau lam one piece- GOMO GOMONA..ha3)

pembelajaraan secara online...


kepada teman-teman dan pelawat2 blogger ku..mari la kita bersama2 mendownload ceramah2, kuliah2 ugama daripada ilmuan-ilmuan Islam yang ada di Malaysia seperti Dato Haron Din, Ustaz Azhar, Ustaz Basit dan ramai lagi. Gunalah teknologi yang ada ini kearah kebaikan dan marilah bersama2 menimba ilmu ALLAH yang luas dan berkat!!!!
hanya taip http:www.mymaktabaty.com dan kalian mampu mencari ilmu2 berguna.

Older Posts

Blog Widget by LinkWithin

online

my picture